Archive for October, 2005

Gerak silat Hanafi bersatu dalam puisi

Thursday, October 13th, 2005

Puisi A Aziz sepanjang 73 baris turut menerapkan kepentingan kecemerlangan dari segi persilatan, keilmuan, pemikiran dan keagamaan

MENDEKLAMASI puisi di gelanggang persilatan mungkin sukar dibayangkan tetapi itu yang berlaku pada perhimpunan raksasa 5,032 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan silat yang dirasmikan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Muhammad Muhd Taib, ini dimasukkan ke dalam ‘The Malaysia Book of Records’ dengan nama Persembahan Silat Terbesar.

Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A Aziz Deraman dijemput khusus memperdengarkan puisi, ‘Gerak Gemilang’, karyanya bagi menyemarakkan demonstrasi silat berkenaan.

Meskipun cuaca panas dan tiada tiupan angin, ‘Gerak Gemilang’, bernada patriotik dilihat menyaingi ketangkasan ahli Silat Cekak Hanafi yang dianggotai 2214 pesilat wanita dan 2818 lelaki.

Ketika A Aziz mendeklamasikan ‘Gerak Gemilang’ pada majlis itu, pesilat lelaki dan wanita lincah membentuk logo 40 tahun Silat Cekak Hanafi menggunakan helaian kain merah, kuning dan biru.

Kalau tenaga sudah bergabung
anak muda datang berkampung
dari desa ke kota pondok ke menara
megah daftar tersurat cawangan segala
siap latihan medan terbuka taat pelajar
bangkit para belia sedar upaya yang dikejar
laungan siswa jadi lagu kampus jaya…

Gerakan itu seolah-olah cuba menyampaikan maksud, kerjasama dan perancangan yang teratur membuahkan hasil sempurna lagi kemas, selaras dengan tema perhimpunan itu, Gerak Gemilang Silat Cekak Hanafi, yang meraikan ulang tahun ke-40nya tahun ini.

Selaras dengan objektif sambutan yang mensasarkan penuntut dan ahli cemerlang dari segi persilatan, keilmuan, pemikiran dan keagamaan, agar dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara, perkara serupa turut diterapkan dalam puisi A Aziz sepanjang 73 baris.

Sedari awal tujuan ke puncak cemerlang
mendaki banjaran ilmu raih yang gemilang
tekun berbuat bakti negara bangsa terbilang
pelihara maruah kuat umat agama dijulang
dalam ikrar janji pendekar handal
berpantang maut sebelum ajal
pantang diri melanggar sumpah
iringi bangsa pada zaman berubah…

Selain gerak formasi menggunakan teknik lembaran kain dengan iringan puisi, bentuk lain yang turut dipamerkan ialah lima gerak cara iaitu Senaman Lading, Gerak Pembukaan, Buah Jatuh, Persembahan Adegan dan Gerak Penutup.

Presiden Silat Cekak Hanafi, Mohd Radzi Hanafi, berkata setiap gerak dalam Silat Cekak Hanafi berasaskan gerakan ketika melakukan solat dan mempunyai maksud serta manfaat tertentu kepada anggota badan.

“Pergerakan dalam Silat Cekak Hanafi diilhamkan daripada pergerakan solat dan turut dinamakan berdasarkan pergerakan itu seperti ‘Doa’ dan ‘Qiam’ untuk menangkis serangan di bahagian dada,” katanya.

Selain ‘Doa’ dan ‘Qiam’, kaedah menangkis serangan di bahagian pusat dan ke bawah diambil daripada pergerakan rukuk tuk manakala menangkis serangan di bahagian kepala mengambil pergerakan takbir.

“Senaman Lading yang dipamerkan pada persembahan ini adalah silat pembukaan menggunakan parang lading iaitu senjata rasmi Silat Cekak Hanafi. Lazimnya ahli lama dan mereka yang banyak berjasa kepada persatuan akan diberi parang lading itu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Sastera/20051013110622/Article/

Marhaban ya Ramadhan

Wednesday, October 5th, 2005

Ramadhan alMubarak kommt wieder. Ich hoffe, dass ich in diesem Monat die ganze Zeit sinnvollig verbringe, Beten Quran vortragen usw.  Wenn Gott will, will ich naechstes Jahr in dem gleichen Monat schon in Deutschland sein.  Bet doch fuer mich! => das Abitur und Deutschunterricht werden staerker.Dann muss ich ausgesprochen auswendig lernen.  oh Gott, ich biete um Ihre Hilfe, um mir alles einfacher zu werden.amin!

Wednesday, October 5th, 2005